DEFINISI PENCEMARAN VISUAL
Pencemaran visual merujuk kepada elemen pada lanskap yang memberikan pandangan yang tidak menarik. Elemen ini yang terdapat dan bersepah di persekitaran kita adalah termasuk papan iklan yang bersaiz gergasi, pengiklanan jenis sederhana, lampu jalan, tanda isyarat, rantaian wayar telefon dan elektrik, pusat janakuasa elektrik, grafiti, lalang, sampah, bangunan dan kenderaan terbiar.
PENCEMARAN VISUAL
Pencemaran Visual merupakan pencemaran
yang baru mendapat tempat memandangkan keadaan pencemaran visual kini
semakin teruk. Pencemaran visual amat ketara berlaku dikawasan
bandar.Pencemaran visual merupakan pandangan yang tidak menyenangkan
dalam kalangan masyarakat yang memandang keadaan tersebut. Ia sama ada
boleh membahayakan keselamatan dan menghalang manusia daripada menikmati
keindahan alam dengan baik.
Secara umumnya, pandangan
lanskap kini dipengaruhi oleh elemen-elemen pencemaran visual dan
bukannya pada nilai-nilai estetika semulajadi atau buatan yang
bercirikan pemandangan yang menarik.Selain itu,berdasarkan pemerhatian
yang dibuat,boleh dikatakan bahawa kawasan yang tercemar dengan unsur
atau elemen pencemaran visual adalah daripada poster-poster iklan
mencari kerja serta iklan perniagaan secara kecil-kecilan.

PENGARUH PENCEMARAN VISUAL TERHADAP NILAI ESTETIKA

Kesimpulannya, pencemaran visual
ini memerlukan pengawalan secara berterusan untuk menjamin kemampanan
pembangunan dari segi persekitaran bandar dan nilai estetika. Kawalan
terhadap pencemaran ini diperlukan bagi mengawal masalah ini agar tidak
memudaratkan nilai estetika kawasan bandar dan memberikan pandangan
negatif kepada pelancong asing serta orang awam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan