Pencemaran adat di dalam adat melayu
Adat ialah aturan perbuatan diturut atau dilakukan sejak dahulu kala.
Adat juga dikenali sebagai kelakuan yang sudah menjadi kebiasaan atau
amalan. Adat juga boleh dikatakan peraturan. Kerana jika melanggar adat
sesuatu keturunan itu tidak akan berkekalan. Adat mewujudkan gagasan
kebudayaan yang terdiri atas nilai-nilai budaya, norma, hukum, dan
aturan yang dipercayai oleh setiap manusia. Adat bukan agama, akan
tetapi adat adalah amalan bagi mengekalkan sesuatu budaya, generasi,
bangsa dll. Bagi adat melayu Pepatah melayu berkata "Biar mati anak,
jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya
dalam masyarakat melayu.
Namun pada era globalisasi ini adat mula dilupai kerana ada yang
berpendapat bahawa adat tidak perlu di ikuti lagi. Pada masa kini adat
mula dilupai apabila manusia menganggap ianya satu perkara yang kolot,
tidak penting, remeh, dan ianya tidak diperlukan apabila unsur-unsur
luar mula memadam idealogi, kepercayaan dan budaya bagi sesebuah bangsa.
Sebagai contohnya adat melayu mempunyai pelbagai peraturan, kepercayaan
namun apabila zaman berubah, zaman semakin moden adat tidak di ambil
kira lagi. Contoh adat melayu yang tercemar pada masa kini seperti adat
dalam perkahwinan. Untuk berkahwin orang melayu haruslah merisik
terlebih dahulu namun ada segelintir yang melanggar adat dengan terus
bertunang atau ada juga yang terus dengan menikah tanpa ada majlis
merisik, meminang, bertunang, akad nikah, berinai, dan perkawinan. Pada
masa kini masyarakat melayu ada yang menikah terus tanpa bertunang.
Contohnya ada berlakunya pernikahan di sempadan Thailand. Ahli keluarga
tidak mengetahui status perkahwinan. Ada juga yang bersanding tanpa
mengikut adat melayu seperti acara yang dilakukan tiada lagi khatam
Al-Quran, marhaban dan dll sebelum bersanding. Selain itu, ada juga
masyarakat masa kini yang tidak langsung mengunakan lagi tepak sirih
semasa meminang dan sebagainya. Kemajuan telah mengubah adat, dimana
adat mula dilupai oleh generasi sekarang. Perkara ini telah mencemarkan
institusi sesebuah adat melayu yang terkenal dengan adat. Ada juga yang
mengatakan bahawa adat melayu dicampur adukkan dengan adat ornag india
seperti, bersanding semasa majlis perkahwinan dan berinai. Ini juga ada
yang berpendapat sebagai pencemaran yang berlaku didalam adat melayu.
Masyarakat Melayu menggalakkan kunjung-mengunjung di antara jiran
tetangga, sahabat handai dan saudara-mara. Ini telah menjadi sebahagian
daripada budaya kita.
Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya menanggalkan kasut
di depan pintu atau di panggal tangga. Jika dihidangkan jamuan adalah
tidak elok ia menolaknya walaupun ia kenyang. Ia hendaklah menjamah
sedikit hidangan itu. Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus
dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib.
Pada masa kini manusia sudah tidak menghormati masa, seperti masa solat,
atau waktu senja dimana pada waktu sedemikian kita tidak elok untuk
mengziarahi ke rumag seseorang. Perkara ini menunjukkan wujudnya budaya
yang tidak baik. Seteru itu menyebabkan adanya pencemaran adat.
Seseorang yang duduk di atas kerusi hendaklah duduk dengan tertib dan
sopan. Adalah dianggap tidak sopan jika ia bersilang kaki sehingga
nampak tapak kakinya. Semasa sampai dan apabila hendak balik ia harus
bersalam dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua
belah tangan dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada. Namun perkara
sedemikian telah dilupakan. Tiada lagi bersalaman dan ada juga yang
tidak menanggalkan kasut semasa memasuki ke rumah seseorang. Budaya luar
telah membawa masuk unsur-unsur negatif yang mencemarkan adat melayu.
Pencemaran adat bukanlah satu masalah yang sangat besar,namun jika ianya
tidak dibendung ianya akan terus meruntuhkan sistem adat yang wujud.
Tradisi –tradisi yang turun temurun akan hilang begitu sahaja. Oleh itu
warisan masa kini adalah tiang bagi terus mendirikan adat melayu hingga
ke masa hadapan. Remaja harus mempelajari adat-adat yang ada supaya
ianya mampu memimpin remaja ke jalan yang lebih positif, serta remaja
mengetahui tradisi nenek moyang mereka dahulu kala. Biar mati anak
jangan mati adat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan