PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, pembangunan negara tanpa had kini merupakan satu
perubahan semakin pesat yang berlaku di negara kita pada alaf
globalisasi ini. Dalam konteks ini, demi untuk mengejarkan impian hidup
seperti meningkatkan kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup para
penduduk, kegiatan seperti kegiatan ekonomi dan projek-projek
pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Ini kerana manusia
kita sering memandang sebelah mata dan tidak berfikiran waras maka
mengabaikan-abaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat
perlaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Tedapat banyak
kesan-kesan negatif berlaku akibat daripada proses pembangunan secara
terburu-buru dan medesak. Ini semuanya akan mengakibatkan kesan
pencemaran alam. Kesan –kesan negatif ini akan menggugat kesihatan
manusia, sumber-sumber ekonomi dan kepanasan bumi kita. Untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar, setiap aktiviti
ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan
dan pemeliharaan alam. Oleh demikian, kita hendaklah menepuk dada
menanya diri sendiri bahawa adakah kita ingin membiarkan alam sekitar
terjejas hanya untuk mengajar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai
seorang masyarakat untuk mengatasi masalah ini? Oleh itu, alam sekitar
yang bersih amat penting dalam kehidupan kita dan kita hendaklah
mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk memelihara sepenuhnya.
APAKAH ITU PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda
atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia ke alam
persekitaran yang menyebabkan terganggunya keselesaan hidup atau
daripada satu aspek lagi ialah pembuatan mencemarkan alam sekililing
dengan sampah- sarap dan sebagainya. Pembuangan bahan- bahan secara
tidak terkawal boleh menyebakan pencemaran alam sekitar. Selain itu,
pencemaran merupakan kehadiran atau penambahan sesuatu bahan semula jadi
atau bukan semula jadi ke dalam persekitaran sehingga merosakkan
sebahagian atau keseluruhan ekosistem. Pencemaran ialah sebarang
perubahan atau gangguan fizikal, kimia dan biologi pada mana-mana alam
sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Pencemaran juga
boleh didefinisikan sebagai pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai
kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini
dipanggil bahan pencemar. Pencemaran dapat dikategori dan disenaraikan
kepada pelbagai bentuk pencemaran alam iaitu udara, air, laut, bunyi,
tanah, haba dan sebagainya. Konsep pencemaran sangat bergantung kepada
sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap faktor yang
menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa nilai ini, konsep pencemaran
menjadi kabur. Antara pencemaran yang akan dibincangkan ialah pencemaran
tanah.
APAKAH MAKSUD TANAH
Tanah adalah salah satu komponen yang merupakan lapisan teratas
permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik serta
mempunyai sifat fizik, kimia, biologi dan mempunyai kemampuan kepada
kehidupan manusia dan benda hidup yang lain-lain. Tanah merupakan
sebahagian penting dalam menyokong kehidupan benda hidup di permukaan
muka bumi. Seperti yang kita ketahui rantai makanan bermula dari
tumbuhan. Manusia, haiwan hidup akibat daripada tumbuhan. Memang ada
tumbuhan dan haiwan yang hidup di laut, tetapi sebahagian besar daripada
makanan kita berasal daripada permukaan tanah. Oleh sebab itu, sudah
menjadi kewajipan manusia kita untuk menjaga kesuburan tanah.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN TANAH
Pencemaran tanah bermaksud sesuatu perbuatan yang berlaku kepada satu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada dalam berbentuk
air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,
kimia atau fizik. Antara punca berlakunya pencemaran tanah ialah
pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa
toksid, dan sisa-sisa kilang.
Penggunaan
racun serangga yang secara berlebihan juga boleh menjadikan punca
kepada pencemaran tanah. Ini kerana, bahan kimia yang berlebihan akan
menyebabkan keasidan berlebihan di kawasan tersebut dan menyebabkan
kawasan tersebut terbiar dan tidak boleh digunakan untuk tanaman yang
lain. Ini kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Contoh
racun efektif yang digunakan untuk membunuh binatang perosak seperti
serangga, tikus dan sebagainya ialah pestisid.
Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada
pencemaran tanah. Kita pasti mengetahui bahawa tempat yang berlonggokan
sampah-sarap itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan yang membawa
penyakit seperti lalat, tikus, lipas dan sebagainya. Secara tidak
langsung, ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan
manusia. Dari segi lain, timbunan sampah-sarap tersebut boleh berlakunya
gas nitrogen dan asid sulfida. Terdapatnya zat mercury pada longgokan
sampah dapat menimbulkan gangguan terhadap tanah, tumbuhan, merosakkan
struktur permukaan tanah dan tekstur tanah. Ini kerana ia akan melarut
lalu permukaan tanah menjadi racun.
Sampah bukan organik yang tidak boleh terurai yang menyebabkan lapisan
tanah tidak dapat ditembus oleh akar tanaman dan tidak mengalir air
sehingga peresapan air dan mineral yang dapat menyuburkan tanah hilang
dan jumlah mikrooganisma di dalam tanah pun akan berkurangan akibat
tidak dapat sumber makanan untuk berkembang. Contohnya botol plastik
mineral, tin minuman, polistirena bekas makanan.
CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN TANAH
(i) Untuk mengurangkan pencemaran tanah berlaku daripada bahan yang
tidak terurai, kempen kesedaran mengenai program kitar semula perlu
diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Tempat-tempat khas seperti tong-tong kitar semula haruslah disediakan
untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar
semula seperti botol plastik, bekas minuman tin aluminium, kertas, surat
khabar dan sebagainya. Walaupun kaedah ini akan melibatkan kos yang
tinggi, tetapi bagi dalam jangka masa yang panjang kaedah ini boleh
dapat membantu kita untuk pemuliharaan alam sekitar dan boleh
menjimatkan sumber alam.
(ii) Disamping itu, bagi penggunaan racun makhluk perosak pula patut
dielakkan penggunaannya kerana ia akan menyebabkan penyakit kronik yang
boleh merosakkan buah pinggang. Racun serangga yang mengandungi bahan
pencemaran seperti pestisida haruslah dielakkan sekali kerana boleh
mencemarkan tanah tanaman menjadi terbantut. Sebaliknya, kaedah-kaedah
alternatif pengawalan makluk perosak seperti pertanian organik dan
pertanian dalam rumah kaca patut diperluaskan. Kaedah ini juga dapat
mengurangkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara
biologi juga boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekeliling.
(iii) Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang
lebih tegas berkaitan aspek penjagaan kebersihan alam sekitar. Jika kita
lihat pada hari ini, hanya ada segelintir sahaja kilang yang dibina
mematuhi piawai kebersihan yang ditetapkan. Dengan ini, pelepasan asap
kilang dan pembuangan sisa toksid ke dalam sungai mahupun ke dalam laut
secara terbuka dapatlah dikawal. Oleh itu, denda yang maksimum dan
hukuman sebatan yang setimpal patut dikenakan keatas pekilang yang tegar
supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Justeru, sikap
pengilang yang “bagai enau di dalam berlukar, melepaskan pucuk
masing-masing” bagi mereka yang tidak suka berpakat dan mementingkan
diri sendiri akan dapat dibanteras dengan lebih efektif.
KESIMPULANNYA
Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian
yang serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan
alam sekitar, selain dari menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan
lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar
ini tidak dibendung, segala kehidupan di bumi ini akan pupus. Oleh itu,
kita haruslah bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya untuk
mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk
tubuh meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-mata.
Kerjasama antara rakyat dengan agensi kerajaan tentunya akan lebih
bermakna. Biarlah semua orang berpuas hati dengan slogan “selamat dunia
kita selamatlah nyawa kita”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan