PENDAHULUAN
Air
merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia dan elemen penting
kepada semua kehidupan.Sumber air penting untuk dijadikan
minuman,tujuan pembersihan,pertanian,kegunaan
industri,perikanan,pengangkutan dan lain-lain.Jika tidak ada air di dunia ini,ia mesti tidak pernah ada kehidupan seperti yang ada sekarang ini.Air
perlu diuruskan dengan baik kerana pertambahan penduduk dan
perkembangan industri akan sentiasa mempertingkatkan permintaan air.
KOMPONEN AIR DI MUKA BUMI
71% dari permukaan dunia.
-97% air masin (laut)
-3% air tawar
- 87% ais dan glasiers, air bawah tanah, udara.
- 13% air permukaan (0.4% jumlah air).
Di
muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri
daripada air. 97% daripada air ini ialah air masin di lautan dan 3%
merupakan air tawar yang terdiri daripada ais kutub.Hanya lebih kurang
0.7% air bumi terdapat di tasik dan sungai air tawar dan di atmosfera.
PENCEMARAN AIR
Kita menggunakan air dalam kehidupan seharian,pencemaran air telah berlaku.Pencemaran
air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.
JENIS PENCEMARAN AIR
Cari
gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca
pencemaran air.Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat
minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan
ini.Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air
tercemar.Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air,lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang.Selain itu,lapisan
tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air,
sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya
jadi berminyak,tidak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke
tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan.Ini
dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico
baru-baru ini.Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk
Mexico terganggu.
Kilang-kilang
dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh
terus disalirkan ke dalam sungai-sungai.Masalah timbul apabila cecair
kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi
bahan toksik yang mencemarkan air sungai.Kebanyakan kilang membuang sisa
cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.Bahan toksik
ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan
akuatik.Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar
oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan