Kesimpulannya,
manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk
mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta
berusaha memulihara alam sekitar u
Definisi
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.
Kebanyakan
tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia
itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah
yang mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang
menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan
sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik
dan sisa nuklear, dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.
Aktiviti perlombongan

Kesan-Kesan Pencemaran Tanah
1) Tanah Beracun
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara
seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang
sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan
sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak
boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di
Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23
orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear
tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah
tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran
terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.
ii) Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit
Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan
haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan
kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi
lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan
seterusnya diserang penyakit yang serius.
iii) Pencemaran tanah
Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
iv) Tanah Gersang
Seterusnya
tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh
penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian
yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang
sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut
yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya
overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan
penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah
antara punca-punca kejadian tanah gersang.
v) Membunuh Haiwan Bawah Tanah
Pencemaran
tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja
hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke
dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear
membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.
vi) Hakisan Tanah

Langkah-langkah penyelesaian
Langkah
penyelesaian untuk menghadkan pembalakan dibuat oleh semua kerajaan
negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha
memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan
negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah
pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung
penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak
mematuhi peraturan undang-undang .
Di bawah garis panduan yang
disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula
menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran
pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :
- Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun.
- Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan.
- Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya.
- Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses.
Aktiviti pembalakan

Di samping kerajaan persekutuan,
Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang
tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam
konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan
persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri
. Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang
diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan
hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak
membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan
sumber hutan dan pembalakan di negara ini .
Penutup
Pencemaran
alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada
masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon
adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu
ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga
hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia
memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka
tiadalah sumber makanan untuk manusia.
Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan.
Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi.
Kesimpulan
ntuk kesejahteraan hidup masa hadapan.
POSTED BY MUHAMAD ZULFADLI BIN AHMAD PAUZI (207368)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan