Pencemaran terma/haba
Dalam
mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk ,
kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan pasti tidak dapat
dielakkan . Disamping itu pula manusia sering mengabaikan
masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat perlaksanaan
aktiviti-aktiviti tersebut. Banyak kesan-kesan negatif timbul akibat
proses pembangunan dan modernisasi yang dilakukan secara terburu dan ini
mengakibatkan kesan pencemaran. Pencemaran boleh menggugat kesihatan
manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian sepsis. Pencemaran yang
akan saya bincangkan pula hari ini ialah pencemaran terma/haba.
Definisi
Pencemaran terma/haba ialah
perubahan atau peningkatan suhu sungai dan udara sekitarnya yang yang
berlaku khasnya akibat aktiviti manusia.
Punca-punca
Terdapat beberapa punca yang mengakibatkan pencemaran terma/haba ini berlaku.
1) Peningkatan kawasan perindustrian .
2) Kewujudan bangunan bercermin.
3) Bandar raya yang pesat membangun.
5) Pertambahan bilangan kenderaan bermotor.
Peningkatan kawasan perindustrian

Kewujudan bangunan bercermin.

Bandar raya yang pesat membangun
Apabila wujud banyak bangunan yang
tinggi dan rapat dengan satu sama lain ini akan menyukarkan pengaliran
udara. Bangunan-bangunan tersebut akan memerangkap udara yang berhabuk
dan berkepekatan karbon dioksida yang tinggi. Udara di kawasan tersebut
akan menjadi penebat haba dan kemudiannya suhu akan meningkat di kawasan
tersebut.
Stesen penjanaan kuasa elektik
![]() |
Pertambahan bilangan kenderaan bermotor.
Jumlah kenderaan bermotor di
Malaysia telah meningkat dua kali ganda sejak 1980.Keadaan ini turut
menyumbang kepada berlakunya pencemarn terma/haba di Malaysia. Ini
kerana kenderaan tersebut mengeluarkam karbon dioksida yang
mengakibatkan suhu menjadi semakin meningkat. Pertambahan bilangan
kederaan akan mengakibatkan pertambaha suhu sekitarnya.
Kesan-kesan
1)Kematian
2)Pencairan ais di kutub
3)Ribut taufan dan angin monsun
Kematian
Bumi
kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan global yang turut
membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Percaya atau
tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di
seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut
menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia
Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan
belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat
pencemaran setiap tahun.
Pencairan ais di kutub
Pemanasan
global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah
gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam
atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan
ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan
menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub
mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan
sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.
Ribut taufan dan angin monsun

Peningkatan bilangan vektor penyebab penyakit berjangkit

Kesimpulannya.
Tanggungjawab memulihara alam
sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya
dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata
bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'.
Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan
kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri
tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana
'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil
seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan
kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita
dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi
kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan